Pages

Wednesday, 6 April 2011

TANDA IMAN


Sesungguhnya tanda-tanda iman itu empat perkara


TAQWA   – Taat serta ikhlas dalam melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala perbuatan maksiat.




MALU       – Malu kepada Allah SWT untuk melakukan maksiat




SYUKUR  – Sentiasa berterima kasih atas nikmat yang telah diterima


SABAR     – Tidak mengeluh jika ditimpa bencana atau ujian yang datang dari SWT.


LIMA BELAS BUKTI KEIMANAN

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini?" Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." 


Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" 


Jawab kami


Buktinya ada lima belas perkara. 


Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami.
Lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan 
lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah.


Tanya Rasulullah s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?"

Jawab mereka.

Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah s.w.t.

Percaya kepada Malaikat-Nya


Kitab-kitab-Nya


Rasul-rasul-Nya


Percaya kepada takdir Allah s.w.t. yang baik mahupun yang buruk 

Selanjutnya tanya Rasulullah s.a.w "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?" 

Jawab mereka

Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah.


Hendaknya kami mendirikan solat wajib


Mengerjakan puasa di bulan Ramadhan


Menunaikan zakat dan berhaji bila mampu.




Tanya Rasulullah s.a.w
selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" 



Jawab mereka,

Bersyukur di waktu senang


Bersabar di waktu kesusahan.


Berani di waktu perang. 


Redha pada waktu kena ujian. 


Tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh.





Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Rasulullah s.a.w berkata, 

"Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."


Kemudian Rasulullah s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ? 

Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. 


Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati. 


Janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan, 


Berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."





TANDA IMAN LEMAH

1.Terus-terusan melakukan maksiat.

2.Lambat untuk melakukan ibadah&kebaikan.

3.Tidak takut bila mendengar ancaman Allah di dalam Al-Quran ketika berbuat dosa.

4.Tidak sedih dengan penderitaan rakan seagama.

5.Berat mengingati Allah.

6.Hanya mempedulikan soal halal haram tidak yang makruh.

7.Tidak kusyuk dalam solat.

8.Tidak menjaga lidah.

9.Suka berbantah-bantah tanpa bukti dan berlebih-lebihan.


10.Menerima takdir yang baik sahaja.


11.Meremehkan suruhan Allah.




Rujukan:blog 1001 cerita tauladan,blog peribadi rasullullah.

No comments:

Post a Comment