Pages

Wednesday 30 March 2011

DOSA-DOSA BESAR

DOSA-DOSA BESAR


1.SYIRIK KEPADA ALLAH


Syirik adalah menyamakan selain Allah dengan Allah pada perkara yang merupakan hak istimewa-Nya. Hak istimewa Allah seperti: Ibadah, mencipta, mengatur, memberi manfaat dan mudharat, membuat hukum dan syariat dan lain-lainnya.

KISAH SEEKOR LALAT
Satu kisah yang saya pernah baca dahulu ...... Kisah dua orang lelaki yang melintasi sebuah kampung.Lelaki pertama melalui kampung tersebut dan diminta menyembelih korban kepada berhala di kampung tersebut walaupun hanya seekor lalat.Lelaki pertama kerana takut menyembelih lalat sebagai korban kerana takut.Lalu jadilah dia orang yang syirik kepada Allah.Sebaliknya lelaki kedua bertegas tidak melakukannya dan dia dibunuh kejam.Namun Jadilah dia orang yang beruntung di akhirat kelak.

Firman Allah Ta'ala (yang terjemahannya):Sesungguhnya, Allah tidak akan mengampuni jika disekutukan, dan Dia akan mengampuni selain itu (syirik) bagi siapa yang (Dia) kehendaki. (QS. An-Nisa: 48, 116).

 Sahabat sekalian jagalah syahadah kita sebaiknya kerana syirik kepada Allah merupakan dosa yang paling besar......




2.SIHIR 


Sihir berlaku sejak zaman Nabi Musa lagi.Malah Rasulullah sendiri pernah disihir oleh orang yahudi bernama labit bin A'sam sehingga turunnya surah An-Nas dan Al-Falaq




Sihir adalah kesepakatan antara tukang sihir dan syaitan dengan ketentuan bahwa tukang sihir akan melakukan berbagai keharaman atau kesyirikan dengan imbalan pemberian pertolongan syaitan kepadanya dan ketaatan untuk melakukan apa saja yang dimintanya.


Saya juga pernah terkena sihir.Namun syukur saya dapat mengesan tandanya dengan izin Allah.Lalu saya berikan di sini beberapa info mengenai sihir.Moga ada manfaatnya...


Tanda-tanda Sihir


 Masak nasi, lauk pauk, cepat basi. Misalan, masak pagi, petang dah basi.



- Tiba-tiba bau busuk di rumah dan terus hilang. Berlaku beberapa kali.

- Tiba-tiba bau wangi di rumah dan terus hilang. Berlaku beberapa kali.

- Nampak kelibat orang lalu di sebelah kiri, kanan atau depan.

- Perasan ada orang di belakang tetapi bila tengok, takde orang.

- Kerap bunyi goli di atas dinding rumah.

- Kerap bunyi kerusi tarik-tarik di atas dinding rumah.

- Barang-barang electronic di rumah cepat rosak. (Eg. TV, radio, fridge, computer..etc..)

- Duit asyik hilang di rumah tanpa sebab.

- Ahli keluarga rumah cepat marah.

- Tak suka duduk rumah. Lebih suka dan tenang di luar rumah.

- Selalu bergaduh di antara satu sama lain di rumah.

- Dengar orang yang dikenali (misalan: mak, bapak, adik, abang, suami isteri...etc) panggil tapi tengok takde orang.

- Tanda-tanda lebam di peha kaki apabila bangun pagi.

- Perubahan watak (character) berlaku kpd seseorang. (Misalan, dahulu dia seorang yg ceria dan periang tapi sekarang suka menyendiri.)

- Suka tengok cermin lama - lama.

- Suka tengok bulan mengambang di tingkap.

- Suka tengok pokok-pokok di luar tingkap rumah pada waktu malam.

- Suami isteri makin susah nak bertemu dan duduk berbicara.

- Suami isteri susah nak bersatu.

- Kemesraan suami isteri makin jauh berkurangan.

- Kedai / Business dahulu selalu ramai orang kunjungi tetapi sekarang berkurangan dengan teruk.

- Terjumpa pasir, air atau benda2 pelik yang berada di depan pintu masuk rumah / kedai secara tiba-tiba.

- Sakit kepala, sesak nafas, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa2, normal.

- Bila x-ray, terjumpa macam2 benda2 yang mustahil masuk dalam badan seperti staples, paku, paper clip dan sebagainya.

- Ibadah makin berkurangan, makin malas.

-Sakit belakang/pinggang.

-Pening kepala

-Cepat marah

-Sensitif


-Fikiran bercelaru


-Sangat penat.

-Mimpi dipatuk ular/jatuh dari tempat tinggi/berada di tempat kotor/lemas.


-Berdebar-debar terutama apabila berjumpa orang yang bertaqwa/perawat.

Jika salah satu yang di atas terdapat pada diri anda, bermakna anda mungkin adalah mangsa gangguan jin atau sihir. Maka, anda haruslah mendapatkan rawatan secepat mungkin, sebelum masalah akan menjadi lebih besar lagi.Carilah orang yang benar-benar bertaqwa dan mengharap pertolonganNYA untuk mengubati anda.






Pendinding diri dari sihir.


1)Zikir Al-Maksurat pagi dan petang.


2)Bacalah Surah AL-Jin pada waktu pagi dan surah Tahrim pada waktu petang.


3)Hizib Bahar


4)Surah Al-Furqan:23


5)An-Nas dan Al-Falaq


6)Al-Baqarah:1-6,255-257,284-286


7)Pastikan selalu menutup aurat ketika mandi pastian ada kain basahan.


8)Sebelum tidur pastikan bacalah 3 Qul dan diri kita dan tempat tidur kita bebas dari sisa makanan.


9)Mulakan setiap perbuat baik dengan Bismillahhirahmanirahim.


10)Seandainya haid bacalah "Lahaulawalaquwataillahbillah" 100x


Tempat Kediaman.


1)Jangan tinggalkan rumah lebih dari 3 hari.Jika terdapat bilik yang kosong solatlah di bilik tersebut juga.Jangan dibiarkan kosong tanpa penghuni. 


2)Selalulah perdengarkan bacaan Al-Quran di dalam rumah.


3)Bersihkan tempat kediaman dan serikan dengan bau-bauan yang wangi.


5)Sebelum tidur pastikan semua pinggan mangkuk dicuci jangan ada sisa makanan di dalam rumah.


6)Jika memasuki rumah yang tiada penghuni berilah salam"Assalamuaalaikawaalaibadillahhissolihin".


7)Tutuplah pintu dan tingkap rumah pada waktu Mahgrib.


Ingatkan betul-betul pesan saya ini seandainya anda terkena sihir bersabarlah,berubatlah pada perawat yang menggunakan perubatan Islam yang menggunakan ayat Al-Quran walau sederita manapun kita yakinlah bahawa Allah tidak akan memberikan ujian melainkan kita mampu menanggungnya dan dekatkan diri kita pada ALLAH.Sesungguhnya tidak ada daya upaya serta kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.




3.MENINGGALKAN SOLAT FARDU


-Saya telah postkan artikel sebelum ini di blog ini juga.Sila rujuk Archive.
-Cuma saya ingin menambah sedikit kisah yang saya dengar di ceramah agama.... Seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah tentang rezkinya yang sempit.Lalu Baginda bertanya adakah kamu bersolat?Sahabat tersebut menjawab Ya begitu juga ahli keluarganya.....Lalu Jibrail menyuruh memeriksa bumbung rumah sahabat tersebut.Didapati burung telah memakan bangkai orang yang mati tetapi tidak solat dan tertinggal secebis tulang orang tersebut di atas bumbung rumah sahabat tersebut.Lalu oleh sebab itu rezki sahabat tersebut sempit.Setelah dibuang barulah rezkinya dibuka Allah......renungkanlah.Jagalah solat ....InsyaAllah selamat.


4.DERHAKA KEPADA IBU BAPA


SETIAP anak wajib berbakti kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bagi orang Islam yang sangat dituntut untuk berbuat baik terhadap orang tuanya.
Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa’ yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa).”
Penegasan ini disusuli dengan sabda Rasulullah s.a.w se bagaimana dinyatakan oleh at-Tabrani, maksudnya: “Ber baktilah kamu kepada dua ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara diri nya.”
Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib kerana ia hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka dan perbuatan derhaka adalah dosa besar.
Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: “Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah me nyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”


Dalam kata lain terdapat dua perbuatan yang akan diberikan balasan oleh Allah di dunia lagi iaitu apabila orang yang teraniaya berdoa maka Allah akan membalas perbuatan orang yang menzaliminya serta merta begitu juga anak yang derhaka kepada ibu bapanya akan dibalas serta merta di dunia lagi.


Kita pasti biasa mendengar kisah Al-Qamah...namun pada hari ini saya ingin menceritakan kisah seorang pemuda abid yang diceritakan oleh seorang ustaz pada satu ceramah.Pemuda ini amat soleh orangnya, dia rajin beribadat.Ibunya rindu akan dia.. tetapi tiap kali melawatnya dia mendapati bahawa pemuda ini sedang bersolat.Lalu terdetik di hati ibu ini....Semoga Allah membalas perbuatan pemuda ini.Lalu datanglah seorang pelacur yang tertarik dengan pemuda ini lalu menggodanya.Oleh kerana pemuda ini tidak tergoda maka pelacur itu menfitnah pemuda ini.Lalu Pemuda ini dijatuhi hukuman mati.Namun oleh kerana ini adalah pemuda soleh lalu Allah mengilhamkan kepada pemuda ini agar meminta tempoh hukuman sehingga baby itu lahir.Setelah lahir maka bayi itu dengan izin Allah boleh berkata-kata dan memberitahu siapa ayahnya yang sebenar.Lihat bagaimana hebatnya lintasan hati seorang ibu.Allah memberikan balasan di dunia lagi.Berbaktilah kita kepada ibu bapa kita selagi mereka masih hidup kerana dengan hanya memandang wajah mereka sahaja kita sudah mendapat pahala.






5.MEMBUNUH ORANG BUKAN DENGAN HAQ
Sebagai umat Islam hukum membunuh orang tanpa haq adalah berdosa besar dan balasannya adalah neraka.Namun seandainya orang itu dijatuhi hukuman bunuh oleh hakim dan kita adalah pelaksana hukuman itu adalah dibenarkan.Seseorang yang membunuh orang tanpa haq boleh dibunuh balas mengikut hukum.


6.MENGUMPAT.
Jagalah lidah kita kerana seandainya kita melakukan dosa ini maka kita akan muflis di akhirat kerana orang yang kita umpat akan menuntut pahala kita di akhirat.Dosa ini tidak akan terampun melainkan orang yang diumpat itu memafkan kita.


7.MAKAN HARTA ANAK YATIM
Harta anak yatim yang diamanahkan kepada kita wajiblah kita jaga betul-betul kerana azab Allah yang maha dasyat menanti andai kita mengkhianatinya.


8.MAKAN RIBA
Seandainya berniaga jujurlah.Jangan sesekali mendekati riba.


9.MINUM ARAK.
Arak merupakan air larangan di dunia tetapi akan boleh kita nikmatinya di akhrat kelak andai kita menghindarinya di dunia.Arak merupakan ibu segala kejahatan.


10.LARI DARI PEPERANGAN
Sebagai umat Islam berperanglah sepenuh hati.Andai mati kita syahid jika tidak kita pasti diberikan pertolongan oleh Allah.


11.MENUDUH PEREMPUAN YANG BAIK BERZINA
Janganlah dilakukan perkara ini kerana ini membawa kesan yang buruk kepada perempuan itu.


12.BERZINA
Jagalah nafsu dan berkahwinlah andai mampu.


13.MEMBUNUH DIRI
Sebesarmanapun masalah janganlah membunuh diri kerana di akhirat tidak ada yang namanya mati.


-Sahabatku bersama-samalah kita menjaga diri kita dari dosa kerana kita tidak akan mampu menahan azabNYAdi akhirat kelak

Rujukan:Beberapa blog,buku-buku dan orang-orang soleh

No comments:

Post a Comment