Pages

Tuesday 12 April 2011

MANISNYA IMAN

Menurut Imam Nawawi kita akan mengecap manisnya iman andai kita suka melakukakan perkara kebaikan walaupun ianya sukar.


Hadith :
Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhr r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:”Apa yang aku tegahkan kamu daripadanya maka hendaklah kamu menjauhinya dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka hendaklah kamu kerjakan daripadanya apa yang kamu mampu. Sesungguhnya telah binasa orang-orang yang sebelum kamu oleh sebab banyaknya pertanyaan mereka dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka.”
 
(Bukhari & Muslim)



 
Huraian
1. Segala apa yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W adalah semua perkara yang haram dari segala macam bentuk maksiat dan kejahatan sama ada berhubung dengan diri, masyarakat dan lain-lainnya. Ada yang berkait dengan harta benda seperti larangan mencuri, merompak, meragut atau membazirkan wang di mana setiap larangan itu ada hikmah dan faedahnya.
2. Manakala segala bentuk suruhan pula hendaklah dikerjakan menurut kadar yang dapat dilakukan sesuai dengan kekuatan atau kemampuan yang ada. Sesiapa pun tidak harus meninggalkan atau mencuaikannya tetapi mestilah dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dengan penuh ketaatan.
3. Punca kebinasaan umat-umat sebelum ini adalah disebabkan perselisihan terhadap nabi-nabi mereka. Mereka suka membantah dan menentang apa-apa yang disampaikan serta banyak mengemukakan pertanyaan yang bukan-bukan sehingga menimbulkan banyak masalah dan akhirnya menyulitkan keadaan.


Rodhitubillah hi Rabba, wa bil Islam medina, wabi Muhammadinnabian warasula.

Menurut Iman Habib Abdullah Hadad, zikir di atas menrupakan perlambangan manisnya Iman.

Roditubillah hi Rabba,


"Aku reda Allah sebagai Tuhan ku"

1)Kita menagakui bahawa Allah itu adalah pencipta kita.
2)Menerima segala pentadbirannya.
3)Menerima segala takdir kita yang telah ditentukanNya samaada baik atau buruk.
4)Bersungguh-sungguh melakukan suruhanNya
5)Bersungguh-sungguh meninggalkan laranganNya.
6)Menerima rezki yang telah ditetapkanNya dengan reda
7)Bercita-cita untuk bertemu denganNya dalam keadaan yang baik.

Wabil Islam medina


"Islam sebagai agamaku"

1)Melakukan segara ajaran Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah.
2)Sentiasa cuba meneguhkan syiar Islam di bumi Ini.

Wabi Muhammadin nabian wa rasulla


"Muhammad itu Nabiku"

1)Mengakui ajaran Rasullullah dan mengamalkannya.
2)Cuba bersungguh-sungguh mengamlkan sunnahnya.
3)Berusaha mengenali Baginda Rasullullah dengan lebih dekat.
4)Sentiasa berselawat kepada baginda terutamanya pada hari jumaat.
5)Menjaga  Ahlu Bait.


Zikir ini elok dibaca 3x pagi dan petang.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment