Pages

Monday 11 April 2011

PERCEPAT JODOH

Bacalah Al-Fatihah dan sebutlah doa dibawah.

“Ya  Allah jadikanlah ____________ dikasihi  pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah _________ dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan.Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia mengasihi daripada segala-galanya.”

*____________= Sebutkan nama orang yang inginkan jodoh. 

Amalan dengan Al-Quran

Selain doa-doa dengan ayat Al-Quran amat dianjurkan dan mustajab kita juga akan memperoleh pahala dan rahmat Allah kerana membaca Al-Quran.

Sila rujuk Al-Quran ya…..

1.Surah Yasuf: 4

"(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan dan melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

-Seorang wanita solehah memberitahu saya mengenai perkara ini.


2.Surah Yassin:36

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya"

-Seorang teman yang solehah memberitahu saya mengenai perkara ini.

-Sebagaimana makluk-makluk Allah diciptakan berpasang-pasangan mintalah agar kita diberikan pasangan juga.

3.Surah Al-Haj:27

“Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang unta yang kurus”

-Seorang ustaz memberitahu saya andainya kita mengamalkan ayat ini kita akan disukai dan didatangi orang bagai ramainya orang yang datang ke Baitullah mengerjakan haji.


4.Surah Al-Qasas:24

“Rabbi  Inni  Lima Anzalta Ilaiya Min Khairin Faqir”

“Ya Tuhan sesungguhnya aku amat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku”

-Nabi Musa membaca doa ini sewaktu melarikan diri dari ancaman musuh.Dengan rahmat Allah dia memperolehi  rezki termasuk jodohnya.Jodoh yang baik juga merupakan rezki.Bacalah ayat ini dengan niat agar diberikan rahmat Allah pada kita supaya memperoleh jodoh yang baik.



Selain berdoa dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran kita juga boleh mengamalkan tip-tip dibawah mengikut kemampuan anda.

1.Membaca surah Yaasin setiap malam 
-Surah Yasin boleh mendatang bermacam-macam hajat dan minta pada Allah untuk dikurniakan jodoh yang baik dengan bersangka baik pada Allah.

2Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali.
-Bacalah berulang kali dan mintalah agar dikurniakn jodoh.

3Melakukan sembahyang hajat .
-Solatlah sehingga kita dikurniakan jodoh.Sebaiknya di sepertiga malam dengan penuh pengharapan dan jangan berputus asa.

4Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu.

-Selepas solat merupakan salah satu masa yang mustajab doa.Dengan mengamalkan adab berdoa yang sepatutnya mintalah dengan Allah  dengan bersungguh-sungguh.

5Bangun tengah malam sembahyang tahajjud,
-Allah amat menyukai orang-orang melakukan solat tahajud.Ia akan mendatangkan banyak kebaikan.Solatlah dan mintalah dengan Allah dengan bersungguh-sungguh.

 7Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah,
-Untuk selamatkan diri samada dari maksiat, dan untuk mendapat zuriat yang soleh solehan yang akan berbakti pada agama.Niat yang baik pasti diperkenankan Allah.

8Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab dengan adab sebagai hamba yang meminta kepada Rab-Nya.
Contoh:
·        Diantara azan dan Iqamah,
·        Waktu hujan,
·        Waktu jam 3-5pagi (tahajjud),
·        Sesudah solat 5 waktu,
·        Sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat
·        Ketika musafir
·        Dalam masjid,
·        Di Baitullah.
-Sebelum dan selepas berdoa Istiqfar terlebih dahulu,zikir memuji Allah dan berselawat.
-Dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9.Berpuasa
-Banyakkan berpuasa sunat kerana doa orang yang berpuasa amat mutajab.

10.Solat Duha
-Solat duha mendatangkan rezki dan jodoh yang baik juga merupakn rezki

11.Banyakkan bersedekah
-Sedekah menolak bala dan menambahkan rezki.


11. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, makruh atau subhah.

-Bukan sahaja untuk memperoleh jodoh malah sebagai umat Islam yang bertaqwa kita wajib menjaga pemakanan kita.



*Janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah.Teruskan amalan ini bersungguh-sungguh.Amalan-amalan yang baik ini akan mengundang rahmat Allah pada kita.Allah amat menyukai hamba-Nya sering meminta pada-Nya.Semoga kita memperoleh hasanah di dunia dan di akhirat.Janganlah putus asa dan redhalah dengan ketentuan-NYA ya…..


 Rujukan:Guru-guru saya, orang-orang soleh, hasil pembacaan dan beberapa blog.

No comments:

Post a Comment