Pages

Monday 11 April 2011

Alangkah baik andai ia baru dan andai ia satu

Diceritakan oleh seorang ustaz saya bahawa ada seorang pemuda di zaman nabi menghadapi sakaratul maut.Lalu sebelum maut menjemput malaikatpun menunjukkkan amalan beliau lalu beliau berkata, alangkah baik jika ia satu dan alangkah baik andai ia banyak.

lalu Rasullullah bertanya kepada sahabat adakah kamu memahaminya.

Jawab sahabat tidak faham.

Lalu Rasulullah pun bercerita,

Dulu pada musim sejuk sahabat ini telah berjumpa dengan seorang yang kedinginan.Oleh kerana beliau memakai banyak helai pakaian maka beliau menyedekahkan sehelai pakaian lama beliau.Dia melihat pahala sedekah tersebut dan beliau menyesal dan berkata alanngkah baiknya andai ia baru.Dia menyesal kerana bersedekah pakaian lamanya.

Kemudian datang seorang pengemis datang ke rumahnya dengan kelaparan.Dia tengah makan roti pada masa tersebut.Lalu beliau  memberikan separuh roti tersebut kepada pengemis tersebut dan separuh lagi dimakannya.Melihat pahala sedekahnya dia menyesal kerana tidak memberikan satu roti kepada pengemis tersebut dan menyuruh isterinya memasakkan roti yang lain padanya.Lalu dia berkata alangkah baiknya jika ia satu.

Ini adalah cerita orang soleh yang massih lagi menyesal walaupun telah melakukan banyak kebaikan.Lalu dimankah kita.

Semoga bermanfaat.

Rujukan:Guru saya.

No comments:

Post a Comment