Pages

Sunday, 10 April 2011

ROH KELUAR DARI JASAD

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.

Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,Jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikit pun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku".

"Adapun didunia,Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.

Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama.

Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman.

Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga.

Pada Malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.

Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.

Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.

Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri.

Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya.

Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.

Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan.

Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.

"Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata maka: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ke tujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

"Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan Dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati Sekian, wassalam.

Khutbah Wada'

Khutbah Hajjatul Wada

“……pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan talah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Kureda Islam itu sebagai agamamu…..”                                 
                                                                                                                                                                      Al-Maidah:3

Itulah wahyu yang Allah yang memberitahu bahawa Rasullullah telah  telah menyelesaikan tugasnya dan pada hari itu telah sempurnakan agama Islam.

Mari kita hayati khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w .Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.


Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.



Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.


Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.


Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AI-Quran dan Sunnahku.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...


Moral of the Khutbah

1.Kita tidak boleh munumpahkan darah dan mengganggu harta orang lain.

2.Jagalah amanah.

3.Setiap perbuatan akan disoal kelak.

4.Pengharaman riba.

5.Berhati-hatilah dengan syaitan.

6.Umat Islam bersaudara

7.Peliharalah agama dengan bersungguh-sungguh.

8.Jagalah hubungan suami isteri dengan baik.

9.Berpegang teguhlah dengan Al-Quran dan Sunnah

Semoga bermanfaat.

Rujukan:Buku sejarah Rsullullah/beberapa blog

Thursday, 7 April 2011

TANDA-TANDA KIAMAT

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
    • Asap- Kini telah ada kes-kes jerubu di mana asap keluar dari bumi.Dikatakan bahawa asap  ini akan menyebabkan penyakit seperti selsema kepada orang beriman dan mematikan orang kafir

    • Dajjal.-Ia akan membawa fitnah yang besar sehingga ramai orang akan tertipu.

    • Binatang boleh berkata-kata.-Dabbah yang akan keluar dari bukit Safa yang akan bercakap-cakap kepada manusia tidak beriman lagi.

    • Terbit matahari dari tempat tenggelamnya.

    • Turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,-Beliau akan membunuh dajjal

    • Yakjuj dan makjuj-Mereka akan membuat banyak kebinasaan di bumi ini.

    • Tiga kali gempa bumi, sekali di timur,(Mungkin gempa di Aceh,Cina dan Jepun)sekali di barat (Mungkin negara-negara Amerika Latin) dan yang ketiga di Semenanjung Arab(pasti akan terjadi nanti).Gempa bumi kini amat banyak berlaku kini.

    • Yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.(Setengah orang mengandaikan bom/nukler)
               (H.R. Muslim)  
             
             Semoga menginsafkan.


             Rujukan:Beberapa blog dan buku-buku

      Wednesday, 6 April 2011

      TANDA IMAN


      Sesungguhnya tanda-tanda iman itu empat perkara


      TAQWA   – Taat serta ikhlas dalam melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala perbuatan maksiat.




      MALU       – Malu kepada Allah SWT untuk melakukan maksiat




      SYUKUR  – Sentiasa berterima kasih atas nikmat yang telah diterima


      SABAR     – Tidak mengeluh jika ditimpa bencana atau ujian yang datang dari SWT.


      LIMA BELAS BUKTI KEIMANAN

      Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini?" Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." 


      Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" 


      Jawab kami


      Buktinya ada lima belas perkara. 


      Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami.
      Lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan 
      lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah.


      Tanya Rasulullah s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?"

      Jawab mereka.

      Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah s.w.t.

      Percaya kepada Malaikat-Nya


      Kitab-kitab-Nya


      Rasul-rasul-Nya


      Percaya kepada takdir Allah s.w.t. yang baik mahupun yang buruk 

      Selanjutnya tanya Rasulullah s.a.w "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?" 

      Jawab mereka

      Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah.


      Hendaknya kami mendirikan solat wajib


      Mengerjakan puasa di bulan Ramadhan


      Menunaikan zakat dan berhaji bila mampu.




      Tanya Rasulullah s.a.w
      selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" 



      Jawab mereka,

      Bersyukur di waktu senang


      Bersabar di waktu kesusahan.


      Berani di waktu perang. 


      Redha pada waktu kena ujian. 


      Tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh.





      Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Rasulullah s.a.w berkata, 

      "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."


      Kemudian Rasulullah s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ? 

      Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. 


      Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati. 


      Janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan, 


      Berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."





      TANDA IMAN LEMAH

      1.Terus-terusan melakukan maksiat.

      2.Lambat untuk melakukan ibadah&kebaikan.

      3.Tidak takut bila mendengar ancaman Allah di dalam Al-Quran ketika berbuat dosa.

      4.Tidak sedih dengan penderitaan rakan seagama.

      5.Berat mengingati Allah.

      6.Hanya mempedulikan soal halal haram tidak yang makruh.

      7.Tidak kusyuk dalam solat.

      8.Tidak menjaga lidah.

      9.Suka berbantah-bantah tanpa bukti dan berlebih-lebihan.


      10.Menerima takdir yang baik sahaja.


      11.Meremehkan suruhan Allah.




      Rujukan:blog 1001 cerita tauladan,blog peribadi rasullullah.

      TENANGKAN HATIMU DAN TEGUHKAN IMANMU.






      Kemulian Diri Dengan Berakhlak Baik
      Hadith :
      Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
      “Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.
       
      Riwayat Muslim


       
      Huraian
      1. Seseorang yang berakhlak mulia akan mendapat pahala dan boleh mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan kebajikan kepada orang lain.
      2. Orang yang melakukan dosa tidak akan mendapat ketenangan jiwa didalam hidupnya.
      3. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia kerana ia sebesar besar kebajikan dan janganlah melakukan dosa kerana dosa itu ialah azab seksa, yang dirasai baik didunia mahupun diakhirat.



      1.Doa

      • Doa ini dibaca pada sujud terakhir di setiap solat.



      "YA MUQALIBALQUlLUB THABIT QALBI A'LA DINI WALA TAATI"


      "WAHAT ZAT YANG MEMBOLAK BALIKAN HATI, 


      BALIKKAN HATIKU KEPADA AGAMA DAN  MENTAATIMU"




      2.Bacalah Al-Quran, fahami maknanya dan ikuti suruhaNYA.



      • Bacalah Al-Quran setiap hari.Surah apapun yang kita suka.Namun di sini saya memberi sedikit panduan tentang kelebihan beberapa surah.
      • Al-Mulk-Memelihara dari azab kubur.
      • Al-Waqiah-Menambahkan rezki
      • Al-Kahfi-Sunat dibaca pada hari Jumaat.

      3.Hadiri Majlis Ilmu.
      • Dengan menghadirinya bukan sahaja dapat menambahkan pengetahuan kita, malah ia dapat melembutkan hati.

      4.Zikir
      • Dengan mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang.
      • Solat dan membaca Al-Quran juga termasuk dalam kategori zikir.

      5.Tambahkan amalan sunat.
      • Perbanyakkan solat sunat contohnya  solat rawatib, solat tahajud ,solat taubat dan sebagainya.
      • Begitu juga dengan puasa sunat seperti Isnin dan Khamis,puasa 3 hari dalam sebulan, puasa bulan Rejab dan Syaaban,  serta puasa hari Asyura.
      • Begitu juga membantu orang dan bersedekah.

      6.Bersahabatlah dengan orang soleh.
      • Contohilah perbuatan mereka dan ikutlah nasihat mereka.


      * Harap bermanfaat.

      KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ MENANGIS

      Suatu hari isteri khalifah Umar melihat suaminya menangis.Melihatkan itu dia juga turut menangis.Melihat perkara itu orang ramai juga turut  menangis terisak-isak.Akhirnya, salah seorang dari mereka bertanya sebab khalifah mengangis lalu beliau menjawab....Saya membayangkan bahawa terlalu ramai orang berjalan menuju ke dua simpang.Satu simpang menuju ke syurga satu simpang lagi menuju ke neraka.Aku berada di tengahnya dan tidak tahu simpang mana yang aku harus tuju lalu aku amat risau memikirkan itu lalu aku menangis takut-takut aku harus melalui simpang ke neraka.

      Tuesday, 5 April 2011

      DIALOG RASULLULLAH DAN IBLIS

      PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS
      Telah diceritakan bahawa Allah s.w.t. telah menyuruh iblis laknatullah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.
      Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
      Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
      "Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
      Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

      Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
      Iblis menjawab, "Lima belas."

      1. Engkau sendiri hai Muhammad.
      2. Imam dan pemimpin yang adil.
      3. Orang kaya yang merendah diri.
      4. Pedagang yang jujur dan amanah.
      5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
      6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
      7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
      8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
      9  Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
      10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
      11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
      12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
      13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
      14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya.
      15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur. 


      Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
      Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan :-

      1. Hakim yang tidak adil.
      2. Orang kaya yang sombong.
      3. Pedagang yang khianat.
      4. Orang pemabuk/peminum arak.
      5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
      6. Pemilik harta riba'.
      7. Pemakan harta anak yatim.
      8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
      9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
      10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah. 



      Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
      Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis laknatullah. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis laknatullah itu adalah musuh Allah s.w.t. dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis laknatullah, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis laknatullah bermakna menjadi musuh Allah s.w.t.. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis laknatullah bererti menjadi kawan kekasih Allah s.w.


      RUJUKAN:BLOG1001KISAH TAULADAN