Pages

Tuesday, 22 March 2011

CERITA SOLAT YANG MENAKJUBKAN.....

SAYA INI ORANG JAHIL..... DIPERTEMUKAN ALLAH DENGAN TEMAN-TEMAN YANG ALIM YANG MENGAJARKAN SAYA MENGENAI SOLAT DENGAN CARA MEREKA TERSENDIRI.....


CERITA 1


DULU SAYA KIRA BILA KITA MAHU BERSOLAT KITA WAJIB BERSOLAT DI MASJID, SURAU, MOSOLLA  ATAUPUN DI RUMAH...... NAMUN SAYA TIDAK SEDAR YANG BUMI ALLAH INI LUAS ASALKAN BERSIH SOLATLAH DI MANA SAHAJA...... INSYAALLAH DITERIMANNYA....


SAYA TELAH MELAKUKAN AKTIVITI JUNGLE TRAKING YANG AGAK MENCABAR DI .....TERPAKSA MEMBACA PETA ....BEBERAPA ORANG TEMAN SAYA TELAH SESAT.... AKIRNYA MEREKA BERSOLAT DI KAWASAN KELAPA SAWIT  DENGAN HANYA MEMAKAI PAKAIAN SUKAN TETAPI MENUTUP AURAT...WAKTU ITULAH PERTAMA KALI SAYA SEDAR YANG SOLAT BOLEH DILAKUKAN DI MANA SAHAJA.....


CERITA 2


SAYA PERNAH MENYERTAI SATU PROGRAM  BAKTI SISWA YANG PERJALANANNYA AGAK JAUH DAN PERLU MENAIKI PERAHU....... BILA TIBA WAKTU SOLAT SAHABAT SAYA MEMBERHENTIKAN BOT DAN TERUS BERSOLAT DI TEPI PANTAI.....WAH BEGITU TINGGINYA ILMU MEREKA WAKTU INI JIKA DIBANDINGKAN SAYA............




SUATU HARI KAMI MELAKSANAKAN PROGRAM DI SUNGAI..... KETIKA ITU SAHABAT SAYA BELUM BERSOLAT...... DISEBABKAN KIRI KANAN SUNGAI AGAK SEMAK DAN DITUMBUHI BELUKAR MAKA DIA TERUS SAHAJA BERSOLAT DI ATAS BATU....SAYA KAGUM DENGANNYA.....


CERITA 3


DI TENGAH KEPESATAN BANDAR KUALA LUMPUR SAYA DAN TEMAN SAYA TELAH PERGI MEMBELI BELAH. SETELAH MASUK WAKTU SOLAT KAMI TELAH MENGUNJUNGI SEBUAH MUSOLLA KECIL DI TENGAH KOTA.AGAKNYA KERANA TERLALU RAMAI ORANG MENGUNJUNGI TEMPAT ITU MAKA TELEKUNGNYA AGAK KOTOR DAN BERBAU...RASANYA KAMI TIDAK MUNGKIN SANGGUP MENGGUNAKANNYA KEARANA BAUNYA SAHAJA MENYEBAB KAMI PENING....LALU DENGAN MUDAH SAHAJA TEMAN SAYA MEMAKAI KAIN ..... TELEKONG ITU SAHAJA TANPA TELEKONG BAHAGIAN ATAS.....DIA MEMASTIKAN BAJU DAN TUDUNG YANG DIPAKAINYA BETUL-BETUL MENUTUP AURAT LALU DIA SOLAT.... WAH BEGITU MUDAH DIA MELAKSANAKAN RUKUN ISLAM YANG KEDUA ITU WALAUPUN SEMUA MATA MEMANDANGNYA....

Monday, 21 March 2011

WUDUK....

Hadith :

Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya:” Ada seorang lelaki berwudhuk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Nabi s.a.w. Disebabkannya baginda bersabda:”Ulang kembali wudhukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya!” Orang itu pun berwudhuk kembali dan sesudah itu dia solat.”


(Muslim)







Huraian
Wudhuk mempunyai enam rukun dan syarat sah wudhuk bergantung kepada enam rukun tersebut. Jika tertinggal atau sengaja meninggalkan salah satu daripada rukun itu, maka wudhuk dikira tidak sah. Rukun-rukun wudhuk ialah:-

1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengambil wudhuk yang ertinya "Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala".

2. MEMBASUH MUKA, mengalirkan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri- disunatkan sebanyak 3 kali.

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA KE SIKU, mengalir dan meratakan air dari bahagian siku hingga ke hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, juga dilakukan sebanyak - 3 kali.

4. MENYAPU AIR DI KEPALA iaitu menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 kali.

5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan meratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga buku lali, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 kali.

6. TERTIB iaitu mengikut turutan, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.


SAYA INGIN BRKONGSI DOA YANG BOLEH KITA AMALKAN KETIKA WUDUK

MUKA
YA ALLAH PUTIHKANLAH WAJAHKU DENGAN CAHAYA IMAN

TANGAN KANAN
YA ALLAH BERILAH AMALANKU DARI SEBELAH TANGAN KANAN ATAU HADAPAN

TANGAN KIRI
JANGANLAH ENGKAU BERIKAN DARI SEBELAH TANGAN KIRI ATAU BELAKANG

MULUT
HINDARILAH AKU DARI DOSA MULUT

KEPALA
PELIHARALAH KULIT DAN RAMBUTKU DARI AZAB API NERAKA

TELINGA
HINDARILAH SAYA DARI DOSA TELINGA

KAKI
TETAPKANLAH KAKIKU INI KETIKA MENITI TITIAN SIRATHMU

e-hadith

Thursday, 10 March 2011

UJIAN

SAYA TIDAK PERNAH MENYANGKA UJIAN HIDUP SAYA AGAK GETIR.KEKADANG TERASA DIRI TIDAK MAMPU UNTUK MENEMPUHINYA.JIKA DIPANDANG SELAPIS PASTI SAYA MERASAKAN YANG DUNIA INI TIDAK ADIL BAGI SAYA.NAMUN SETELAH SAYA TENANG DAN AMATI DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PANDANGAN MATA HATI LALU BARULAH SAYA TAHU YANG ALLAH TENGAH MENEGUR SAYA.LALU SAMPAI SAAT INI DAN SETERUSNYA SAYA TERUS BERUSAHA UNTUK MEMBETULKAN MANA YANG SALAH DAN INGAT MANA YANG LUPA.BENARLAH KATA ORANG UJIAN MERUPAKAN TARBIAH DARI ALLAH.LALU HANYA INI YANG SELALU SAYA DOAKAN DALAM SOLAT......UJILAH SAYA DENGAN APAPUN UJIAN NAMUN JADIKAN SAYA SABAR DAN KUAT UNTUK MENERIMANYA DAN REDHA DENGAN TAKDIRNYA KERANA TIADA GUNA KITA HIDUP DI DUNIA INI ANDAI DI PENGHUJUNG HIDUP KITA KITA TIDAK MAMPU MENGUNGKAPKAN KALIMAH LA ILAH HAINLALALLAH.............

INI SAYA BAWAKAN KISAH TAULADAN YANG MUNGKIN MENJADI PANDUAN KITA APABILA MENGHADAPI UJIAN


ANTARA SABAR DAN MENGELUH

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t. dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah s.w.t. dalam sebuah hadith Qudsi,:
"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya." 

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." 

Dan sabda Rasulullah s.a.w pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) 

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Doa menghadapi ujian Allah

"RABBI INNI LIMA ANZALTA ILAIYA MIN QAIRIN FAQIR"

AL-QASAS:24

Rujukan:beberapa buah blog.